Wednesday, February 24, 2010

D'CERIA CHALET

KECERIAAN BERSAMA KAMI DI D’CERIA CHALET
chalet dceria
CHALET D’CERIA
Jalan Persisiran Pantai,
Pantai Padang Kemunting,
78300, Masjid Tanah, Melaka.
Chalet D’ceria adalah sebuah tempat penginapan di Pengkalan Balak, Melaka yang beralamat di: Jalan Persisiran Pantai, Pantai Padang Kemunting, 78300 Masjid Tanah Melaka. Chalet ini adalah antara chalet di Pengkalan Balak yang menarik dan selesa bagi anda yang ingin menikmati satu hari yang santai dan tenang sama ada di hujung minggu atau bercuti pada hari biasa.
Kedudukan Chalet ini yang begitu dekat dengan pantai pastinya membuatkan anda berpeluang melihat matahari terbenam jauh ketengah laut bersama orang yang dikasihi sama ada anda datang bersama keluarga, rakan mahupun orang yang tersayang.

Chalet D’ceria juga menawarkan kepada anda kemudahan yang lengkap dengan pelbagai perkhidmatan yang pastinya membuatkan percutian anda lengkap dengan pelbagai aktiviti dan keseronokan yang pasti anda kenang. Antara kemudahan yang kami sediakan adalah
ruang letak kereta yang luas, tempat pembakar BBQ, berdekatan dengan restoran ikan bakar padang kemunting, kemudahan WI-FI, pakej lawatan ke Bandar Melaka, pakej lawatan ke Pusat Penetasan Penyu & kompleks Falak al-khawrizmi.

Anda juga mungkin berpeluang melihat sendiri penyu karah yang banyak terdapat di Pantai Pengkalan Balak ini. Serta menikmati perkampungan nelayan yang berdekatan di sini. Kami juga menjanjikan kemudahan di dalam bilik penginapan yang selesa sesuai dengan keperluan setiap pelanggan kami yang inginkan percutian yang selesa dan tenang. Buat anda yang tercari-cari penginapan yang murah, selesa dan tenang,di sinilah tempatnya dan anda pasti gembira bersama kami.


PANTAI PENGKALAN BALAK

Pada era tahun 60-an,pantai ini amat popular kepada askar-askar British beriadah bersama keluarga. Adapun askar-askar British adalah petugas-petugas di kem bersebelahan pantai Tanjung Bidara iaitu Trendak Camp.
Apabila tahun 1971 kesemua petugas/askar itu dihantar pulang ke Britain (perjanjian kemerdekaan) maka pantai Pengkalan Balak menjadi sepi hampir kepada dua dekat. Pada tahun 1987 atas jasa anak watan kg. Pengkalan Balak itu sendiri iaitu Allahyarham YB Bahari Hassan, membina sebatang jalan di pinggir sepanjang pantai,maka pantai tersebut kembali menjadi ceria dan popular sebagai aset pelancongan.
Jalan tersebut dikenali “Jalan Persiaran Pantai”(JPP). Untuk pengetahuan umum sepanjang JPP itu adalah meliputi pantai Kok Ett(Hohoya), pantai Seman Jawa, pantai Haji Sidek, pantai Mat Bongkak, pantai Orang Putih (pantai Sidang Husin), pantai Wak Entel dan pantai Wahab Penyu.Kesemua ceruk pantai yang disebutkan itu, mempunyai rentetan peristiwanya yang tersendiri.
Contohnya, dipantai Mat Bongkak disekitar tahun-tahun penghujung tujuhpuluhan pernah seekor buaya terdampar di pantai tersebut. Peristiwa ini amat mengemparkan penduduk kg.Pengkalan Balak dan sekitarnya.

GAMBAR PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA.
DENGAN KOS RENDAH,ANDA JUGA DAPAT BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERCINTA.
dsc00012 tanjung-bidara
pengkalan-balak-102 pengkalan-balak-094 pengkalan-balak-008
images14 images16 images12
images7 images11 images8
images131 images12 images3
________________________________________
HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG SOALAN:
Email : tempahanpenginapan@yahoo.com

PERSEKITARAN DI D'CERIA CHALET

chalet batu chalet kayu
chalet kayu chalet kayu
penginapan penginapan chalet batu dengan aircond
Ruang untuk bbq

______________________________________________________
HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG SOALAN:
Email : tempahanpenginapan@yahoo.com

JENIS DAN KADAR BILIK

CHALET KAYU BERKEMBAR/BERTERES (5 UNIT)

chalet kayu berkembar chalet kayu berkembar
Kemudahan di dalam bilik:
• 1 katil double
• Kemudahan Televisyen
• Kemudahan Bilik Air


CHALET BATU(8 UNIT)

penginapan chalet batu dengan aircond chalet batu
Kemudahan di dalam bilik:
• 1 katil double, 1 katil single
• Penginapan dengan aircond
• Kemudahan Televisyen
• Kemudahan Bilik Air

_________________________________________________________
HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG SOALAN:
Email : tempahanpenginapan@yahoo.com

KEMUDAHAN


KEMUDAHAN CHALET

  • Ruang letak kereta yang luas
  • Berdekatan dengan restoran ikan bakar padang kemunting
  • Kemudahan WI-FI
  • Pakej lawatan ke Bandar Melaka
  • Pakej lawatan ke Pusat Penetasan Penyu & kompleks Falak al-khawrizmi.


DSC00632

________________________________________________________
HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG SOALAN:
Email : tempahanpenginapan@yahoo.com